Search This Blog

Friday, 19 October 2012

MEE BANDUNG ODEON BATU PAHAT

RESEPI ENAK MEE BANDUNG-- RAHSIA ADA DI PEK FAMILI MEE BANDUNG

LANGKAH PERTAMA - Sediakan air rebusan daging
  • Jika masak 1 pek ⇒ daging 200gram dan air mentah 1.5liter 
  • Jika masak 2 pek ⇒ daging 200gram hingga 300gram dan air mentah 2liter
  • Jika masak 3 pek ⇒ daging 300gram hingga 400gram dan air mentah 3liter
  • Jika masak 4 pek ⇒ daging 400gram hingga 500gram dan air mentah 4liter
BAHAN-BAHAN -
  1. Daging lembu dibasuh bersih dan dipotong kecil
  2. Air mentah
  3. Sepaket rempah tumis/rempah sekawan yang 50sen  [adalah campuran kayu manis + bunga cengkih + bunga lawang + biji sawi] Rempah Tumis/ Rempah SekawanRempah tumis berfungsi untuk menyedapkan lagi rasa kuah

CARANYA -                                                               
  1. Tumiskan rempah tumis/rempah sekawan dalam periuk 
  2. Masukkan air dan daging
  3. Tutup periuk dan kecilkan api
  4. Tunggu sampai daging empuk antara 30minit hingga 45minit



LANGKAH KEDUA - Masak mee bandung
  • Jika masak 1 pek untuk 3 orang ► sukatan air rebusan daging 0.7liter | mee kuning 3 genggam penuh
  • Jika masak 1 pek untuk 4 orang ► sukatan air rebusan daging 0.8liter | mee kuning 4 genggam penuh
  • Jika masak 2 pek untuk 6/8 orang ► sukatan air rebusan daging 1.5liter | mee kuning 500 hingga 600gram
  • Jika masak 3 pek untuk 9/12 orang ► sukatan air rebusan daging 2 liter | mee kuning 1kg
BAHAN-BAHAN - jika masak 1 pek
  1. Rempah 1 pek
  2. Air rebusan 0.7liter
  3. Telur 3 biji
  4. Mee kuning 3 genggam penuh
  5. Daging dihiris nipis [ambil dari air rebusan]
  6. Bawang besar yang telah diblender 3 sudu makan [pilihan jika mahu menumis | amat disyorkan]
  7. Lada boh/cili giling 2 sudu makan [pilihan jika mahu lebih pedas]
  8. Sedikit sawi
  9. Pilihan lain seperti udang, sotong, kerang, kupang dan sebagainya jika nak letak, tak perlu banyak
CARA MASAK -
  1. Tumiskan bawang dan lada boh hingga naik bau
  2. Masukkan 0.7liter air rebusan daging
  3. Masukkan rempah dan kacau sebati
  4. Masukkan Pilihan lain dan pecahkan telur - Tak perlu tunggu air mendidih sebab air rebusan daging sudah masak semasa merebus daging tadi
  5. Bila telur masak masukkan mee kuning dan sawi
  6. Biarkan mee merenih sebentar -+ 10saat
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama bawang goreng asli serta cili jeruk/hirisan timun/sos tomato/sos cili    
BERMINAT BLEH LA ORDER DENGAN SAYA!!!!
like fb saya www.facebook.com/LovelyMomsShope  
atau email saya :crazymoms0@gmail.com    

atau berminat nk jd ejen jualan produk ini klik :      http://www.meebandung.my/hop.php?ref=mazlina


No comments:

Post a Comment